Judul Buku: Shahih Sirah Nabawiyah
Penulis: DR. Akram Dhiya Al-Umuri
Penerbit: Pustaka As Sunnah
Tahun: 2010
Jumlah Halaman: 745
Betapa banyak kisah suri tauladan Rasulullah SAW yang dilupakan atau sama sekali tidak dikenal oleh kaum muslimin. Kita saat ini mungkin tengah asyik masyuk dengan dunia, hingga seolah peri kehidupan sang utusan Allah tidak lagi menarik untuk dicermati dan diteladani.
Buku ini mencoba mengingatkan kembali akan pentingnya sebuah rekam jejak sejarah untuk menambah wawasan dan keimanan, menggali kembali nilai-nilai keagungan dan kemuliaan akhlak budi sang Rasul SAW. Tidak sepatutnya kita lupa akan sejarah dan seluk beluk serta lika-liku kehidupan beliau.
Mari, bersama dengan buku ini kita belajar untuk saling mengingatkan. Dengan Shahih Sirah Nabiwiyah kita hidupkan kembali yang hampir beku karena 'dinginnya semangat keislaman' kita.
Penulisan berkenaan
sirah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam sehingga kini senantiasa mendapat
perhatian dalam dunia penulisan keilmuan Islam, bertujuan mendekatkan
keperibadian Baginda ke dalam hati setiap insan yang bergelar Muslim. Pada hari
ini, kita dapat melihat kitab-kitab sirah samada yang klasik mahupun
kontemporari telah banyak ditulis dan dipersembahkan dengan konsep dan tema
yang pelbagai, dengan melihat keperibadian Baginda sebagai sesuatu yang harus
dicontohi dan diteladani.
Di antara sumbangan
dalam penulisan kontemporari yang sangat bernilai berkenaan sirah Nabawiyah
termasuklah usaha Dr Akram Dhiya al-Umari yang
mengerahkan usaha bersama pelajar di Universiti Islam Madinah lebih 10 tahun
dalam mengumpulkan dan menyemak periwayatan sejarah Nabi serta mempraktikkan
kaedah ahli hadis dalam penyusunan karya sirah tersebut,tanpa mengabaikan
kaedah ahli sejarah dalam berinteraksi dengan sekian banyak riwayat yang
bertebaran dalam kitab-kitab turath Islam. Walaupun usaha ini pada awalnya
mendapat tentangan sebagaimana dijangka, namun ia tetap mendapat perhatian dan
dijadikan rujukan penting bagi penulisan sirah menerusi manhaj ahli hadis,
hasil keilmuan mendalam terhadap ilmu mustalah hadis serta pengalaman dan
pemahaman yang luas terhadap riwayat-riwayat sejarah.
Download ebook Shahih Sirah Nabawiyah pdf via Google
Drive:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar