Judul Buku: Generasi Mendatang Generasi yang
Menang
Penulis: Syaikh Yusuf al Qaradhawi
Penerbit: Gema Insani Press
Tahun: 1995
Jumlah Halaman: 78
Buku ini dimulakan dengan rintihan dan rungutan umat Islam tipikal
yang selalu dijumpai dalam masyarakat kita. Orang-orang yang masih beristiqamah
dengan Islam serta ajarannya tapi merasa tertekan kesan daripada kemunduran
umat Islam di serata dunia. Kenapa umat Islam terus tertindas sedangkan Islam
merupakan agama yang benar. Umat Islam adalah umat terbaik di kalangan manusia.
Allah pun telah berjanji akan menolong orang-orang yang beriman. Jadi dimanakah
silapnya?
Yang pertama sekali umat Islam wajib sedar dan faham bahawa Islam
sajalah agama yang benar. Islam saja yang mampu menyelesaikan semua
permasalahan umat manusia. Kerana Islam bukan agama ciptaan manusia. Ia adalah
agama yang diciptakan oleh Tuhan seluruh manusia. Tuhan yang menciptakan
sekalian alam. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia. Maka Islam
adalah ruh umat kita.
Cuma yang
menjadi masalah ialah sejauhmana kita telah menunaikan hak-hak Allah ta'ala?
Hak Allah sebagai Rabb. Hak Allah sebagai Ilah Yang Maha Esa. Apakah kita layak
ditolong dengan nilai keimanan kita sekarang?
Sesungguhnya kemenangan dan pertolongan Allah tak akan datang
tanpa sebab. Dalam buku ni Syeikh Al-Qardhawi menyenaraikan tiga hukum
kemenangan Islam yang telah aku tulis di note facebook aku sebelum ni. Pertama,
kemenangan hanya datang dari sisi Allah. Kekuatan ketenteraan dan sumber
material yang lengkap tak berupaya memberi kemenangan tanpa izin daripada Allah
ta'ala. Kedua, Allah hanya menolong orang-orang yang menolong agamaNya.
Bermakna Allah tak akan memberi kemenangan kepada umat Islam selagimana umat
Islam tidak menegakkan segala perintah Allah dan meninggalkan semua
laranganNya. Ketiga, kemenangan dalam ertikata yang sebenarnya hanya ekslusif
untuk orang-orang beriman sahaja. Bagi orang-orang beriman hanya ada dua
pilihan: hidup meraih kemuliaan atau mati sebagai syuhada dan merebut syurgaNya.
Syeikh juga menjelaskan betapa pentingnya keimanan itu disemai dan dijaga
dengan baik sehingga membuahkan buah yang baik pula.
Akhir sekali, diceritakan secara panjang lebar mengenai
karakteristik generasi yang menang. Apa yang menarik dalam buku ini ialah
hampir semua hujah disertai dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis
Rasulullah saw. Generasi ini adalah generasi yang sentiasa membela kebenaran.
Generasi ini sentiasa menentang kemungkaran dan kekufuran sekeras-kerasnya.
Generasi ini bergandingan lelaki dan perempuan dalam al-Haq. Generasi yang
berpegang kepada ilmu dan fakta. Generasi Rabbani yang sentiasa ikhlas dalam
perjuangan. Generasi yang orientasinya sentiasa mengarah kepada Islam. Generasi
yang selalu berdakwah dan berjihad dengan penuh kesungguhan. Generasi yang
mempertahankan tajarrudnya dalam suasana masyarakat yang rosak dan selalu
berusaha mengubah segala kerosakan itu. Generasi yang seimbang dan melaksanakan
keadilan. Serta generasi Al-Awwabun Taibun iaitu takut bermaksiat kepada Allah.
Download ebook Generasi Mendatang Generasi yang
Menang pdf via Google Drive:

Tidak ada komentar:
Posting Komentar