Judul Buku:
Pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah
Penulis: Tarikuddin bin Haji Hassan
Penerbit:
Jahabersa
Tahun:
2012
Jumlah
Halaman: 399
Sejarah
tentang kerajaan-kerajaan Islam setelah zamn tabiut tabiin telah terbentang
dalam sejarah umat manusia, mereka telah hidup dalam pemerintahan dari zaman ke
zaman. Adakalanya dalam memerintah seorang penguasa banyak mengambil berat
terhadap kepentingan umat sehingga nama mereka harum dikenang sepanjang zaman.
Namun terdapat juga penguasa yang kurang bijak sehingga rekod dalam sejarah dan
peradaban umat nama raja tersebut tidak begitu baik disebabkan pola hidup yang
glamor yang kurang disukai oleh rakyat. Buku yang ada di hadapan pembaca ini
merupakan kitab yang membincangkan tentang sejarah kerajaan Islam di masa lalu
iaitu kerajaan yang diterajui dari kalangan Bani Umayyah. Pemerintahan yang
diterajui oleh para sultan dari Bani Umayyah ini telah mengalami pasang surut
dalam kepimpinannya. Adakalanya ia dipimpin oleh seorang raja yang adil namun
terdapat juga penguasa yang kurang bijak dan terlalu mementingkan kepentingan
raja dan keluarga.
Walau bagaimanapun dalam pemerintahan kerajaan Bani Umayyah sejarah pernah
mencatat bahawa sepanjang kerajaan tersebut memerintah ia pernah dipimpin oleh
seorang raja yang telah banyak membuat kebajikan dan perubahan dalam
pemerintahan. Hal ini tidak dinafikan boleh jadi kerana kecerdikan dan
perhatian baginda terhadap pelbagai kemaslahatan umat dan yang paling penting
adalah faktor watak peribadi raja yang soleh dan tidak suka berfoya-foya. Dalam
sejarah ini dalam pemerintahan kerajaan Bani Umayyah pernah dicatat seorang
raja yang soleh, zuhud dan warak iaitu Umar bin Abdul Aziz. Sikap dan watak
peribadi beliau amat terserlah bahkan ketegasan beliau terhadap niali kejujuran
amat tinggi sehingga beliau amat dikenang dalam memimpin kerajaan Bani Umayyah.
Download
ebook Pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah pdf via Google Drive:

Tidak ada komentar:
Posting Komentar