Judul Buku: Imam
Maliki Pengarang Kebenaran
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS Litera Utama
Tahun: 2010
Jumlah Halaman: 272
Beliau adalah pengasas Mazhab Maliki. Keturunannya berasal dari Yaman, dan moyangnya berpindah ke Madinah lalu menganut Islam pada zaman Rasulullah SAW.
Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin
Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya
lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/ 712
M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya.
Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan
khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari khalifah
al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid
(179 Hijrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiul Awal tahun 179
hijrah ketika berusia 86 tahun.
Dalam umurnya yang panjang, beliau sempat mengarang kita Al Muwattak, kitab
yang dikarang selama 40 tahun. Semuanya kerana beliau cintakan kebenaran dan
memperjuangkannya. Kitabnya itu menjelaskan mengapa beliau dianggap pengarang
kebenaran.
Download ebook Imam
Maliki Pengarang Kebenaran pdf via Google Drive:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar