Judul Buku: Ingin Mimpi Jumpa Nabi Muhammad? Quran Sunnah Hadits
Penulis: Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh
Penerbit: Al Hidayah Publisher
Tahun: 1999
Jumlah Halaman: 106
Bagi orang Mu’min, tiada siapa yang tidak cintakan Junjungan Nabi
Muhammad s.a.w. Cinta kepada beliau bukanlah menerusi semata-mata kecantikan
wajahnya yang memang melebihi wajah orang-orang sezaman beliau sampai Hari
Kiamat – sebab beliau adalah pilihan Allah daripada semua segi: ruhani dan
jasmani; tetapi cinta kepada beliau adalah benar-benar didorong oleh pengenalan
batin atau saluran keruhanian di mana beliau adalah Penghulu sekalian Nabi dan
Rasul: dan beliau memiliki akhlak-akhlak yang tinggi sebagaimana yang dilakui
Al-Qur’an dan Al Hadis sendiri.
Allah Yang Maha Bijaksana yang telah menjadikan mimpi sebagai
suatu peristiwa yang berlaku pada manusia sejak Nabi Adam a.s. lagi, adalah
dengan kehendak dan kemurahanNya, membuatkan kita dapat mengenali para NabiNya
dengan jelas dan terang. sekalipun mereka telah lama wafat tanpa meninggalkan
gambar. lukisan atau ukiran.
Akan tetapi tidak semua manusia dapat bermimpi dan berdialog
dengan para Nabi ‘alaihimushshalaatu wassalam: sebab semuanya ini adalah
menurut kehendak Allah S.A.W. sendiri yang menentukan.
Mujurlah dalam peninggalan Al-Hadith dan perbendaharaan buku
Islam, masih terdapat segelintar usaha dan bacaan untuk memohon pada Allah agar
Dia memberikan mimpi kepada peminat-peminatnya bagi memperoleh kebertuahan
hidup: mengenali kekasih Allah dan cara hidupnya yang membuahkan kebahagiaan
hidup di dunia dan di Akhirat.
Download ebook Ingin Mimpi Jumpa Nabi Muhammad? pdf via Google Drive:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar